Sunday 27 March 2011

PENGENALAN
  • Blog ini dihasilkan dengan tujuan untuk membantu guru-guru menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi subjek Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Tajuk yang dipilih bagi blog ini, adalah berkaitan dengan teknologi pakaian dan jahitan tahun lima sekolah rendah. segala maklumat dan intipati yang dimaksudkan adalah disahkan benar dan berdasarkan rujukan yang sahih.
  • Isi pembelajaran dan hasil pembelajaran adalah berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah tahun lima. Diharapkan pelawat yang mengunjungi blog ini dapat menggunakan segala isi pelajaran dengan sebaik mungkin demi mendapatkan ilmu tambahan.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:
  • mengenal pasti alatan dan bahan jahitan seperti jarum, gunting fabrik, benang, penetas jahitan, jarum peniti dan alatan-alatan lain.
  • menyatakan kegunaan alatan dan bahan jahitan seperti jarum, gunting fabrik, benang, penetas jahitan, jarum peniti dan alatan-alatan lain.
  • dapat memilih alatan dan bahan jahitan seperti jarum, gunting fabrik, benang, penetas jahitan, jarum peniti dan alatan-alatan lain yang bersesuaian untuk digunakan dalam proses menjahit.  
 Alatan-Alatan Menjahit

Nama Alatan : Pita Pengukur
Fungsi : Untuk mengukur bahagian yang hendak digunting atau dijahit.


Nama : gunting Fabrik
Fungsi : Untuk menggunting fabrik atau kain sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk menggunting kertas kerana boleh menumpulkan mata gunting.


Nama : Gunting Kertas
Fungsi : Digunakan untuk menggunting kertas sahaja.



Nama : Kapur Tukang Jahit
Fungsi : Untuk memindahkan tanda dan garisan pemadan daripada pola    kepada fabrik.

Nama : Jarum Peniti
Fungsi :Untuk menyemat pola pada fabrik dan menyemat kepingan fabrik sebelum menjahit jelujur.


Nama : Jarum Tangan
Fungsi : Untuk menjahit semua jahitan tangan pada fabrik

Nama : Penetas Benang
Fungsi : Untuk menanggalkan benang jelujur, menentaskan jahitan mesin atau jahitan tangan dan membuat lubang butang.

Nama : Pembaris Lurus
Fungsi : Untuk mengukur dan menanda bahagian yang hendak digunting atau dijahit.

Nama : Sterika
Fungsi : Untuk melicinkan fabrik atau kain dan menekan mata jahitan

Nama : Benang jahitan
Fungsi : Untuk menjahit jahitan tangan dan jahitan mesin

Nama : Fabrik atau Kain
Fungsi : Kain kapas atau fabrik kapas ialah bahan untuk menghasilkan sesuatu pakaian. 

Rujukan :

Mata Jahitan Asas

Nama Jahitan : Jahitan Jelujur Halus
Kegunaan : Membaiki kelepet merentasi.
                       Boleh menggantikan mata jahitan mesin.
                       Menjadi perhiasan pada artikel.

Nama Jahitan : Jahitan Kia
Kegunaan : Memulakan dan mematikan jahitan tangan.
                       Melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik.
                       Menjahit kelim yang merentas.
                       Boleh menggantikan jahitan mesin.

Nama Jahitan : Jahitan Sembat
Kegunaan : Menetapkan dan mengemaskan kelepet.
                       Mata jahitan ini boleh dilihat pada sebelah luar fabrik.

Nama Jahitan : Jahitan Lilit Kemas
Kegunaan : Mengemaskan guntingan tepi fabrik.
                       Mencantumkan dua kepingan fabrik.
                       menjahit butang katup, cangkuk dan palang.

Nama Jahitan : Jahitan Lubang Butang
Kegunaan : Jahitannya kukuh dan kemas.
                       Menjahit lubang butang, butang katup, cangkuk dan palang.

Nama Jahitan : Jahitan Silang Pangkah
Kegunaan : Menjahit kelepet, lapik, mengemaskan pita zip dan sebagai jahitan hiasan.

Nama Jahitan : Jahitan Insang Pari
Kegunaan : Mengemaskan tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjadi motif.

Nama Jahitan : Jahitan Sembat Susup
Kegunaan : Menjahit dan mengemaskan kelepet.


Kancing dan Butang

Jenis : Butang Dua Lubang dan Empat Lubang
Kegunaan : Dijahit pada baju supaya mudah dipakai dan dilucutkan.
                       Dibuat daripada plastik, kayu dan kulit.

Jenis : Butang Katup Soket dan Conet
Kegunaan : Digunakan pada belah pakaian di bahagian leher dan lengan baju.
                       Diperbuat daripada logam.

Jenis : Cangkuk dan Palang
Kegunaan : Dijahit pada bahagian pinggang seluar dan skirt pakaian.
                       Dperbuat daripada logam dan merupakan kancing paling kukuh.


Kelim

Merupakan satu proses mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik yang telah digunting.
Fungsi kelim adalah untuk mencantum bahagian pakaian, memberi bentuk dan juga sebagai hiasan pada pakaian.
Kelim biasanya dibuat pada garisan bahu dan rusuk untuk menyambung bahagian hadapan dengan bahagian belakang pakaian.

Terdapat lima jenis kelim iaitu :
  • Kelim papan mesin
  • Kelim papan tangan
  • Kelim lipat tindih
  • Kelim belah kangkung
  • Kelim betawi
Mata jahitan yang digunakan untuk menjahit kelim yang merentas ialah :
  • Jahitan jelujur halus
  • Jahitan kia


Kelepet

Merupakan suatu kaedah yang berfungsi sebagai pengemas hujung pakaian dan sebagai hiasan.
Kelepet dibuat daripada sejalur fabrik yang disambungkan kebahagian hujung pakaian untuk memanjangkan atau melabuhkan bahagian tersebut sekali gus mengemaskannya.
Apabila proses kelepek siap, ia boleh kelihatan pada sebelah luar pakaian atau sebelah dalam pakaian.
Kelepek pada bahagian luar boleh dijadikan sebagai hiasan pada pakaian tersebut.

Kelepk bolah dilihat pada bahagian :
  • Hujung kaki seluar
  • Hujung lengan baju
  • Bahagian bawah pakaian
Jenis mata jahitan yang digunakan untuk menjahit pakaian yang merentas ialah :
  • Jahitan sembat
  • Jahitan silang pangkah


Bab 5 : Jahitan (Kemahiran Hidup Sekolah Rendah)